Monday, 13 February 2017

PANTUN TELATAH DAN HIDUP MASYARAKAT

                               PANTUN TELATAH DAN HIDUP               MASYARAKAT



DEFINISI PANTUN



Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa pantun adalah satu-satunya puisi Melayu tradisional yang paling asli dan lahir di rantau Alam Melayu. Banyak pendapat dikemukakan oleh pengkaji-pengkaji tentang asal usul istilah pantun,

Menurut Harun Mat Piah (1989), dari segi tema dan isi, pantun dapat dibahagikan keada tujuh iaitu pantun kanak-kanak, pantun cinta dan kasih sayang, telatah dan cara hidup masyarakat, pantun teka-teki, pantun puji-pujian atau sambutan, pantun nasihat, agama dan adat, dan pantun naratif atau cerita.
Pantun mempunyai unsur estetika alamiah yang bersifat bertentangan, berpasangan, dan berangkapan. Sebab itu, antara ciri-ciri pantun ialah berskema rima a/b /a/b yang terdiri daripada dua komponen, iaitu pembayang atau sampiran dan maksud. Setiap serangkap dapat menyelesaikan keseluruhan idea.

Penjenisan pantun berdasarkan bentuk dan strukturnya yang tetap. Setiap barisnya mempunyai antara lapan hingga sepuluh suku kata yang sesuai dengan pernafasan normal, dan mempunyai antara empat hingga lima perkataan. Setiap pantun mempunyai rangkap-rangkap yang berlainan. Maksudnya berdiri sendiri (kecuali pantun berkait), dan setiap rangkap membawa persoalan yang sempurna.


FUNGSI PANTUN DALAM MASYARAKAT MELAYU



  1. Melahirkan perhargaan ucapan terima kasih
  2. Tujuan adat istiadat
  3. Meluahkan kasih sayang dan kerinduan
  4. Untuk sindiran dan tempelak
  5. menyampaikan mesej untuk keagamaan




    Ciri-Ciri Pantun

    ·       PANTUN ialah karangan berangkap yang menggunakan bahasa-bahasa indah.
    ·       Sebuah pantun wujud dalam satu rangkap yang sempurna dari segi maknanya.
    ·       Setiap rangkap pantun terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian pembayang dan satu lagi bahagian maksud.
    ·       Bagi pantun empat kerat, baris satu dan dua adalah pembayang, manakala baris tiga dan empat adalah maksud.
    ·       Bagi pantun dua kerat pula, baris pertama adalah pembayang dan baris kedua adalah maksud.
    ·       Rima atau bunyi akhir di hujung baris adalah sejajar.
    ·       Bagi pantun dua kerat rima akhir dalam bentuk 'a,a'.
    ·       Bagi pantun empat kerat pula, rima akhir berbentuk 'a,b,a,b'.


    *   Contoh pantun dua kerat 

    Gendang gendut tali kecapi, (a)
          Kenyang perut suka hati. (a)

    *   Contoh pantun empat kerat :

                     Pulau Pandan jauh ke tengah, (a)
             Gunung Daik bercabang tiga, (b)
          Hancur badan dikandung tanah, (a)
             Budi yang baik dikenang juga. (b)

    CONTOH PANTUN TELATAH DAN HIDUP MASYARAKAT


    PANTUN ADAT  DAN ETIKA                
                                                                        


    Lalu Berempat Orang Kubung,
    Ke Baruh Membawa Petai,
    Jika Tak Tahu Kata Berhubung,
    Tiada Sah Menjadi Pegawai



    Berburu Ke Padang Dating,
    Mendapat Rusa Belang Kaki,
    Berguru Kepalang Ajang,

    Bagai Bunga Kembang Tak Jadi.

    Kayu Cendana Di Atas Batu,
    Sudah Diikat Dibawa Pulang,
    Adat Dunia Memang Begitu,
    Benda Yang Buruk Memang Terbuang



    Parang Ditetak Kebatang Sena,
    Belah Buluh Taruhlah Temu,
    Barang Dikerja Takkan Sempurna,
    Bila Tak Penuh Menaruh Ilmu

    Terbang Elang Ke Seberang,
    Lalu Hinggap Di Kayu Ara,
    Kelak Tidak Dipandang Orang,
    Supaya Jangan Jadi Cedera.
           

      



    Buah Berangan Dari Jawa,
    Kain Terjemur Di Sampaian,
    Jangan Diri Dapat Kecewa,
    Lihat Contoh Kiri Dan Kanan.









      

                           Kesimpulan
    Sejak daripada zaman purba lagi pantun telah wujud dalam kehidupan masyarakat Melayu. 

     ialah puisi tradisional Melayu turun-temurun yang tertua di dalam budaya Melayu. Pantun berbeza berbanding dengan syair. gurindam, seloka, rubai, ghazal dan sebagainya kerana mempunyai kedudukan tersendiri sebagai alat untuk menyatakan hajat, pembayang niat, bunga istiadat, pembuka kata, penamat bicara, pengucapan rindu dagang yang merantau. Karya klasik Melayu ini mempunyai nilai estetikanya yang tersendiri. Di sebalik nilai tersebut terdapat pula maksud yang tersirat atau abstrak dan memerlukan kajian yang mendalam untuk memahami maksud di sebaliknya. Sebagai generasi baru, kita hendaklah sentiasa melakukan kajian tersebut agar nilai-nilai yang terdapat dalam karya klasik Melayu tidak pupus di telan zaman.







    No comments:

    Post a Comment